Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pastri mewah Cedric Grolet diminati ramai

    PARIS – Apabila Cedric Grolet mengeluarkan pisau pastrinya, jutaan orang pasti terpesona dengan hidangannya.

    Pemuda warga Perancis, yang mempunyai kedai pastri dan juga pakar pastri terkemuka di dunia ini, bulan lalu telah disenaraikan dalam ‘Restoran 50 Terbaik Dunia.’ Dia juga seorang bintang dalam laman Instagram.

    Video yang memaparkan kemahirannya ketika menghiris buah palsu telah menarik perhatian orang ramai dan kini mendapat jutaan tontonan dalam media sosial.

    Jutaan orang pasti kagum dan menginginkan sesuatu daripada apa yang terpapar pada imej hiasan buah pear, aprikot, lemon, pic dan juga tomato yang begitu realistik.

    Majalah Vogue, sebuah majalah yang memang terkenal dalam memaparkan hidangan pemanis mulut bermutu mengatakan bahawa ‘ia membuatkan anda terliur apabila melihatnya pada paparan skrin.’

    Kek kiub Rubik hasil buatan Cedric Grolet, yang boleh berputar seperti kiub rubik sebenar, telah menjadi kegemaran dalam hidangan makan malam Paris yang begitu bergaya, enam ketul keknya sahaja berharga dalam 170 euro (AS$200). – Agensi
    Tartnya ini mempunyai bentuk yang sangat semula jadi dan alami, di mana buah-buahan dipotong halus untuk dijadikan seperti kelopak bunga. Dengan lebih daripada satu juta pengikut di Instagram sahaja, Grolet juga begitu kreatif dalam menangkap gambar kek yang mengagumkan. – Agensi

    “Peminat-peminatnya pasti teruja melihatnya dan menginginkan tandatangan serta ingin berswafoto dengannya, menurut akhbar harian Perancis, Le Monde.

    Hasil karya seni pastrinya itu memang mengagumkan, itu sudah pasti, di mana tidak ramai yang berpeluang untuk merasa hidangannya itu setiap hari di hotel terkemuka Paris, tempat dia bekerja.

    Walaupun hidangan teh bersama keknya yang ditawarkan dengan harga yang mahal di Le Meurice, namun ia telah mendapat tempahan seminggu lebih awal, di mana Grolet telah membuka kedai kecilnya di sana pada Mac lalu. Rak keknya sering kosong setiap hari dalam hanya beberapa jam.

    Kek kiub Rubiknya, telah menjadi ‘kegilaan’ dalam hidangan makan malam Paris yang begitu bergaya, di mana enam ketul keknya sahaja berharga dalam 170 euro (AS$200). Ianya adalah bagi mereka yang mampu sahaja.

    Grolet juga menghasilkan versi keknya yang berwarna biru, putih dan merah untuk meraikan kemenangan negara Perancis pada Piala Dunia awal bulan ini. Seperti ahli pasukan bola sepak Perancis, dia juga adalah seorang wira dalam kelasnya yang tersendiri.

    Anak kepada seorang pendandan rambut dan pemandu trak dari sebuah bandar kecil berhampiran Saint-Etienne di tengah Perancis itu mula mengecapi kejayaannya semasa dia berusia 13 tahun lagi.

    “Seorang petani telah memberi kepada saya satu bakul strawberi kerana telah menolong memetik buah tersebut. Kemudian saya pun membuat tart strawberi bersama mereka untuk datuk saya,” yang telah menjalankan sebuah hotel kecil berdekatan, katanya kepada AFP.

    Ianya berjalan dengan lancar sehinggakan Grolet terpaksa berhenti sekolah awal untuk menjadi perantis dalam pembuatan roti di kampungnya.

    “Saya akan membuat roti sepanjang malam agar saya dapat membuat hidangan pencuci mulut pada pukul 11 pagi. Hasil daripada itu, saya dapat memotong epal dan menutup tart tersebut dengan strawberi.”

    Dia kemudiannya mempelajari bidang pastri sebenar dan mula memenangi beberapa anugerah dan hadiah sebelum mencipta namanya di Paris pada umurnya 20 tahun.

    Di sana dia telah bekerja bersama rantaian makanan gourmet, Fauchon, dan akhirnya dihantar ke Beijing untuk membantu melatih kakitangannya di sana.

    Juga di Fauchon, dia turut bekerja sama dengan Christophe Adam dalam makmal penyelidikannya, mencipta resipi baharu.

    “Ia adalah impian bagi setiap pembuat pastri,” katanya,” mencuba perkara baharu setiap hari.”

    Cedric Grolet yang mempunyai kedai pastri dan juga pakar pastri terkemuka di dunia, bulan lalu telah disenaraikan di dalam ‘Restoran 50 Terbaik Dunia.’ Dia juga merupakan seorang bintang di Instagram. – Agensi
    Cedric Grolet mula menyempurnakan ciptaan kek buahnya yang begitu teliti dan realistik itu sejak enam tahun yang lalu, di mana kulit ‘hidup’ itu dihasilkan dengan coklat, manakala bahagian mus atau jem marmalad di dalamnya adalah daripada buah sebenar. – Agensi

    Seperti Adam, yang sejak itu mengasaskan L’Eclair de Genie, rantaian restoran di Perancis dan Jepun, Grolet telah dianugerahkan sebagai pembuat roti dan kek terbaik Perancis. Dia turut dipuji oleh pembuat hidangan makarun terkemuka, Pierre Herme, sebagai salah seorang ahli pastri paling berbakat dalam generasinya.

    Grolet juga mengikuti jejak langkah Adam di Le Meurice.

    Dia kini bekerja di sana sebagai cef pastri bersama tukang masak selebriti, Alain Ducasse, yang menggesanya untuk ‘berusaha lebih pada rasa.’

    “Keindahan yang dipamerkan dalam hidangannya telah menarik para pelanggan, bahkan ia telah membuatkan pelanggannya untuk kembali menikmati hidangannya kali dua,” kata Grolet, di mana sebagai golongan milenium, dia tahu apa yang diingini oleh generasi Y pada pandangan matanya.

    Hakikatnya bahawa ciptaannya itu tidak terlalu manis, yang sesuai bagi mereka yang prihatin terhadap jumlah kalori yang dimakan, di mana orang ramai akan beratur panjang di luar kedai mininya itu setiap hari. Grolet berharap ianya terus berkembang di seluruh dunia.

    Dia mula menyempurnakan ciptaan kek buahnya yang begitu teliti dan realistik sejak enam tahun yang lalu, di mana kulit ‘hidup’ itu dihasilkan dengan coklat, manakala bahagian mus atau jem marmalad di dalamnya adalah daripada buah sebenar.

    “Ideanya adalah untuk lari daripada menggunakan bahan seperti biskut, telur, yang mana bahan seumpamanya itu tidak akan memberikan rasa yang sebenar. Dan saya cuba untuk memfokuskan kepada rasa buah itu,” kata Grolet kepada AFP.

    Ini adalah yang dia katakan sebagai ‘ahli pastri sebenar.’

    Tartnya ini mempunyai bentuk yang sangat semula jadi dan alami, di mana buah-buahan dipotong halus untuk dijadikan seperti kelopak bunga.

    Dengan lebih daripada satu juta pengikut di Instagram sahaja, Grolet juga begitu kreatif dalam menangkap gambar kek yang mengagumkan.

    “Membuat kek adalah satu perkara tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Anda tidak boleh bayangkan berapa banyak gambar yang saya ambil sebelum menghantarnya satu lagi,” katanya kepada AFP.

    Tidak berada di negaranya, itu tidak menghalangnya untuk mencipta sesuatu. Dia sering berhubung dengan makmalnya di Le Meurice melalui aplikasi WhatsApp.

    “Saya melukis dan bekerja walaupun saya berada di dalam pesawat, mengimbas semula semua yang ada dalam kepala saya dan gambar-gambar makanan yang saya gemari,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda