Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan 1003 juara program cabaran PSB

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Pasukan 1003, Sekolah Chung Hwa dianggotai oleh Branson Chen Po Hua, Abdul Malik bin Dr Mas Irman Rukmino dan Lawrence Thien Zhi Feng telah menjuarai Program Cabaran Telusuri Bandar Brunei anjuran Pusat Sejarah Brunei (PSB).

    Program yang disertai oleh 10 pasukan ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) itu dianjurkan oleh PSB, pada hari ini, bertempat di pusat tersebut, dengan kerjasama PPNBD melalui Bahagian Pengakap Kelana sempena cuti persekolahan penggal kedua.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Pengetua PSB, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Dr Dayang Mardiah binti Haji Ramli serta pegawai-pegawai dan kakitangan PSB.

    Tempat kedua, dimenangi oleh Pasukan 1003, Sekolah Chung Hwa yang terdiri daripada Awang Muhammad Aamirul Afeef bin Haji Ainolnizam, Darren Fong Zu Min dan Baby Delisha Wong Jing.

    Tempat ketiga disandang oleh Pasukan 1003, Sekolah Chung Hwa yang terdiri daripada Awang Muhammad Amin bin Haji Kamarul Amir Ariffin, Awang Syazani Azhar bin Muhammad Aref Affendy dan Ethan Wee Kai Rong.

    Manakala tempat keempat jatuh kepada Pasukan 1036, Sekolah Menengah Awang Semaun dianggotai oleh Awang Abdul Muttaqim bin Haji Mohammad Azmi, Awang Mohd Syafiuddin bin Abdullah Abdul Hamid dan Awang Mohammad Waliuddin bin Hasparin.

    Antara objektif program tersebut adalah bagi menarik minat dan menguji para peserta mengenai tempat-tempat bersejarah di negara ini di samping menanamkan sifat berpasukan dan mengamalkan gaya hidup sehat melalui aktiviti kesukanan.

    Program berkenaan adalah sebagai kesinambungan daripada Program Bicara Sejarah, dan Pergerakan Pengakap Ristaan Pergerakan Belia di Negara Brunei Darusaalam yang berlangsung kelmarin.

    Sesi bergambar ramai peserta-peserta dengan pihak PSB. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Setiap kumpulan program bersedia untuk memulakan cabaran Program Cabaran Telusuri Bandar Brunei. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda