Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pasukan 1RJR muncul juara kejohanan bola sepak

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 31 OKT – Pasukan 1RJR muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sembilan Sebelah Daerah Belait 2023 anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) baru-baru ini.

    Diadakan bermula pada 22 Oktober di Padang Bola Sepak Arena Seria, kejohanan itu menyaksikan sejumlah 12 pasukan bersaing di peringkat kumpulan, dengan tiga pasukan terbaik dalam setiap kumpulan mara ke suku akhir. Antara pasukan yang bertanding termasuk 1RJR, Nusantara FC, KB Rovers, BSRC, dan Hoist dalam Kumpulan A, manakala KB Frenz, Vegrow City, Nova Horizon, PBDB, dan G-17 Akhdan bersaing dalam Kumpulan B.

    Pada 29 Oktober, perlawanan suku akhir telah diadakan pada sebelah pagi, manakala perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir telah diadakan pada sebelah petang. Hadir bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan Pemangku Ketua Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait, Gaung Jamit.

    Perlawanan tempat ketiga menyaksikan Vegrow City menumpaskan Nusantara FC 1-0 melalui jaringan tunggal Awangku Muhd Shahrul Izzan bin Pengiran Shahfree yang memakai jersi nombor 8.

    Pusingan akhir kejohanan menyaksikan perlawanan sengit antara KB FC dan 1RJR, dengan kedua-duanya melakukan serangan dan pertahanan yang mantap yang membawa kepada penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir dengan jaringan 0-0. Pasukan 1RJR akhirnya dinobatkan sebagai juara selepas berjaya memenangi pusingan tersebut dengan keputusan akhir 3-1.

    Antara aksi semasa perlawanan final di Padang Bola Sepak Arena Seria baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...