Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Pasukan Ali bin Abi Talib juara pertandingan debat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Pasukan Fakulti Bahasa Arab (FBA) yang dikenali sebagai Pasukan Ali bin Abi Talib muncul sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab anjuran FBA, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini.
     
    Empat pasukan daripada pelbagai fakulti aliran Arab di UNISSA bersaing dalam pertandingan debat separuh akhir, dan dua pasukan telah melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir iaitu dari Fakulti Bahasa Arab (FBA) dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI).
     
    Sementara itu, naib johan disandang oleh Pasukan Umar bin Al-Khattab, FPPI. Manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan Uthman bin Affan dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU). Dayang Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Pasukan Ali bin Abi Talib telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.
     
    Hadiah disampaikan oleh Dekan FBA, UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Pemangku Dekan FPPI, Awang Muhammed Sahrin bin Haji Masri, dan turut dihadiri oleh para pensyarah dan mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.
     
    Pertandingan ini membuktikan komitmen UNISSA dalam memajukan kemahiran berbahasa Arab dan memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengasah kemahiran berdebat.
     
    Dr Hajah Rafidah dan para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Dr Hajah Rafidah menyampaikan hadiah kepada Pasukan Ali bin Abi Talib selaku juara pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...