Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Badminton Temburong muncul juara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kejohanan Badminton Berpasukan telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Daerah Tutong pada 26 Mei dan 2 Jun.

    Kejohanan yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan disokong oleh Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Badminton Temburong muncul sebagai juara, manakala naib johan dimenangi oleh Pasukan Tutong 2, diikuti Pasukan BM Zon 5A dan Pasukan MHB, Pekan Tutong yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

    Sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada ahli jawatankuasa takmir masjid, pegawai masjid, imam, bilal, merbut dan buruh masjid.

    Antara objektif kejohanan itu adalah untuk membentuk para pegawai masjid dan ahli jawatankuasa takmir masjid yang mampu berdikari dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

    Di samping melatih sikap tole-ransi, keyakinan diri, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan, kejohanan itu juga bertujuan untuk memupuk jalinan kerjasama dan silaturahim antara ahli jawatankuasa takmir masjid dan pegawai hal ehwal masjid senegara.

    Awang Misle ketika menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda