Thursday, January 30, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Bandar Seri Begawan rangkul pingat emas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Atlet senior Persatuan Boling 10 pin Daerah Brunei Muara (PBBM) yang mewakili Bandar Seri Begawan ke Kejohanan Boling Antara Bandar raya Asia ke-34 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja dari 3 Februari hingga 10 Februari lepas telah kembali ke tanah air dengan membawa kilauan pingat.

    Kejohanan tersebut adalah antara bandar raya-bandar raya di rantau Asia dan dianjurkan serta diiktiraf oleh Persekutuan Boling Asia melibatkan sebanyak 18 buah bandar raya.

    Pasukan Bandar Seri Begawan berjaya merangkul satu pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa dan mendapat tempat kedua di kategori senior dalam kedudukan keseluruhan kejohanan itu.

    Awang Mahali bin Haji Abdul Rahman daripada Pasukan Bandar Seri Begawan telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki Senior.

    Dalam acara berpasukan pula, gandingan Awang Mahali, Pengiran Haji Yasfadillah, Pengiran Haji Shariful dan Yapp Teck Chung juga berjaya merangkul pingat perak.

    Sementara itu, Awang Mahali dan Pengiran Haji Yasfadillah sekali lagi mengharumkan nama Bandar Seri Begawan dengan memenangi pingat gangsa dalam acara regu.

    Awang Mahali yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara Perseorangan Lelaki Senior, baru-baru ini. – Gambar serahan Persatuan Boling 10 pin Daerah Brunei Muara
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda