Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan bantuan agih lebih 800 kotak makanan

    LEZAGPI, 1 NOV – Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Negara Brunei Darussalam diteruskan pada hari keenam dengan pelaksanaan tugas penerbangan pertama daripada pasukan kedua dengan menggunakan dua buah helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

    Dua penerbangan pengangkutan udara selesai dilaksanakan hari ini dan sebanyak 824 kotak bantuan makanan telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Naga ke kawasan-kawasan terjejas di sekitar Pulau Sumaoy.

    Sementara itu, pasukan pertama menggunakan pesawat angkut C295MW TUDB melaksanakan tugas penerbangan ulang-alik membawa penumpang-penumpang dan kain terpal dari Pangkalan Udara Col Jesus Villamor, Manila ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol, Luzon.

    Pasukan kedua bagi misi ini tiba di Lapangan Terbang Legazpi Lama pada jam 2:50 petang waktu tempatan semalam. Penerbangan tersebut yang mengambil masa dua hari ini telah membuat enam perhentian bagi pengisian minyak termasuk bermalam di Zamboanga, sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi terakhirnya.

    Ketibaan pasukan dialu-alukan oleh Pemerintah Kumpulan, Kumpulan Operasi Taktikal 5, Tentera Udara Filipina, Kolonel Romulo Y Dilag TUF.

    Usaha bagi bantuan logistik udara di kawasan-kawasan yang terjejas akan diteruskan lagi pada esok tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.

    Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Negara Brunei Darussalam semasa mengagihkan lebih 800 kotak bantuan makanan ke kawasan terjejas akibat bencana alam di sekitar Pulau Sumaoy, Filipina. – GAMBAR OLEH KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Anggota-anggota ABDB bergambar bersama penduduk setempat di Pulau Sumaoy, Republik Filipina. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Bantuan makanan dipunggah masuk ke dalam helikopter Blackhawk S70i TUDB. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda