Wednesday, April 2, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Black juara Kejohanan Polo Amal

    Oleh Abdul Hakiim Yakof

    Gambar Muiz Matdani & Khairil Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerajui Pasukan Black dalam kemenangan 8-5 ke atas Pasukan Grey pada perlawanan akhir Kejohanan Polo Richard Mille di Royal Brunei Polo & Riding Club hari ini.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bersama anakanda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah masing-masing menemui sasaran dalam chaka pertama dan chaka ketiga. Sementara Pablo McDonough bersama dengan Farid Abdullah memastikan kemenangan Pasukan Black dengan empat lagi jaringan.

    Pasukan Grey menyaksikan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan menerajui pasukan dengan tiga jaringan sementara Shilai Liu dan Matias McDonough masing-masing menjaringkan satu gol.

    Tempat ketiga disandang oleh Pasukan Red dengan kemenangan 7-5 ke atas Pasukan White di Padang 2. Bermain bagi Pasukan Red ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ali Yil-Kabier, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, Huzaimi Husin, dan Ale Agote. Sementara Pasukan White diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, Dato Haji Mustappa, Ploy Bhinsaeng dan Joaquin Pittaluga.

    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah telah berkenan menerima Richard Mille Graphite Polo Mallet selepas menjadi penjaring terbanyak kejohanan.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan mengabadikan kenangan bersama warga Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) selepas perlawanan akhir Kejohanan Polo Amal Piala Richard Mille di Royal Polo and Riding Club, Jerudong kelmarin.

    Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama Pasukan Black dengan Piala Kejohanan Polo Richard Mille Pro-M.
    Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama Pasukan Black dengan Piala Kejohanan Polo Richard Mille Pro-M.
    Baginda Sultan berkenan menyertai Kejohanan Polo Amal Richard Millie.
    Baginda Sultan berkenan menyertai Kejohanan Polo Amal Richard Millie.

    Baginda Sultan, DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan  DYTM Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta paduka-paduka anakanda Baginda berkenan bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerima hadiah bagi penjaring terbanyak.
    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menerima hadiah bagi penjaring terbanyak.
    Turut berangkat ke kejohanan itu iala DYTM Pengiran Perdana Wazir.
    Turut berangkat ke kejohanan itu iala DYTM Pengiran Perdana Wazir.
    DYTM Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ketika beraksi menentang Pasukan Black dalam perlawanan akhir polo amal di Jerudong.
    DYTM Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ketika beraksi menentang Pasukan Black dalam perlawanan akhir polo amal di Jerudong.
    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah ketika beraksi menentang Pasukan Grey dalam perlawanan akhir polo amal di Jerudong.
    YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah ketika beraksi menentang Pasukan Grey dalam perlawanan akhir polo amal di Jerudong.

    Turut berangkat bagi menyaksikan kejohanan amal itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

    Sumbangan amal daripada Kejohanan Polo Richard Mille itu diserahkan kepada Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), di akhir majlis penyampaian hadiah Baginda Sultan juga berkenan menerima pasambah dan beramah mesra bersama kanak-kanak dari YASKA.

    YASKA merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan memberi sokongan kepada kanak-kanak yang menghidap kanser dan keluarga mereka ketika menjalani rawatan serta mendidik dan mewujudkan kesedaran awam mengenai kanak-kanak yang mengalami kanser di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda