Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pasukan bola keranjang Veteran Brunei terima tajaan jersi

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Pasukan bola keranjang Veteran Brunei menerima dorongan dalam usaha mereka untuk bersaing bagi kejohanan jemputan bola keranjang China Antarabangsa Macau 2023 selepas menerima tajaan jersi dari Fitness Zone, kelmarin.

    Pasukan itu terdiri daripada Goh Kim Tian, Ho Poh San, Soon Chin Long, Lim Ming Ann, Goh Kok Ann, Albert Chu Fook Kun, Lim Peng Kok , Ong Tze Keu, Ang Peng Chin dan Ken Khoo.

    Sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan tersebut, pasukan bola keranjang Veteran Brunei turut menganjurkan perlawanan persahabatan menentang pasukan Media dan Rakan.

    Pasukan Media dan Rakan berjaya mengatasi kebangkitan penuh semangat daripada pasukan bola keranjang Veteran Brunei untuk meraih kemenangan 57-45.

    Pasukan Media membuat permulaan yang baik apabila Law Kok Ming mencipta keunggulan 10-0 selepas permulaan permainan namun penjaring pasukan veteran, Meng dan Poh San berjaya merapatkan pendahuluan dengan tiga mata yang cemerlang. Kedua-dua pasukan terikat dengan 32 mata pada separuh masa pertama.

    Usaha yang konsisten pada suku ketiga dan keempat diketuai oleh Wong Der Horng dan Loo Yau Wai dalam serangan membantu pasukan Media untuk menang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...