Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan bot kayuh bekerja keras bersih Sungai Thames

    ENGLAND – Terapung di kawasan perairan di Sungai Thames di London, para aktivis bot kayuh cuba bekerja keras untuk menghilangkan sisa plastik dan mana-mana masalah laluan air yang mencemari kebersihan dan keindahan Sungai Thames.

    Ketika matahari terbit di atas Thames yang terletak di belakang Jambatan Kew yang bersejarah di barat ibu kota British, itik kelihatan sedang meluncur dan memaparkan satu pemandangan yang cantik dan damai.

    Namun dalam pemeriksaan yang teliti, segala objek plastik sebenarnya terapung dan membanjiri kawasan sungai ini malah plastik-plastik tergantung di dahan-dahan pokok yang tumbuh berdekatan dengan sungai tersebut.

    Situasi ini telah memberikan satu usaha dan inisiatif buat beberapa ahli persatuan bot kayuh, Active360 untuk melancarkan sesi pembersihan sungai dan terusan yang melalui kawasan London.

    Pengasas persatuan tersebut, Paul Hyman, Louise Nolan dan James Roorda telah mengambil alih pasukan pembersihan baru-baru ini dan sekali gus memeriksa beberapa buah kawasan untuk sebarang sampah plastik.

    Mereka telah mengutip pelbagai jenis sampah seperti botol plastik, kepingan cawan plastik dan beg plastik yang tidak menyenangkan serta beg najis anjing juga turut dibuang di sungai ini. – AFP

    Dalam masa setengah jam mereka melancarkan operasi itu, mereka telah menemui pelbagai jenis sampah yang dibuang dan memenuhi baldi mereka yang besar.

    Mereka telah mengutip pelbagai jenis sampah seperti botol plastik, kepingan cawan plastik dan beg plastik yang tidak menyenangkan serta beg najis anjing juga turut dibuang di sungai ini dan situasi ini sangat menyedihkan kami,” kata Nolan kepada wartawan media.

    Kebanyakan sampah ini mengambil masa yang lama iaitu sekitar beratus-ratus tahun untuk dihapuskan.

    1,000 Royal Albert Halls

    Nolan telah menyatakan bahawa pendekatan mereka agak sedikit sederhana dan bergantung kepada keadaan pasang surut sungai malah ia boleh menjadi tiga atau empat kali ganda lebih besar untuk memperolehi sampah yang banyak. Bagi Nolan, isyarat kecil tentang pembuangan sampah untuk persekitaran itu sebenarnya sangat memuaskan namun bagi Hyman, antara pengasas persatuan itu terus berjuang dengan batasan mereka.

    “Tidak perlu disembunyikan perkara ini kerana ia satu fenomena yang tidak baik dan sebenarnya tidak guna untuk ‘membasuh’ orang lain, melainkan anda perlu menghentikan sendiri situasi tidak sihat ini, seperti beringat sendiri,” tambah Hyman kepada media.

    Seterusnya, gerakan pasukan ini cuba untuk meningkatkan kesedaran mengenai usaha-usaha mereka melalui rangkaian media sosial dan pesta yang sering diadakan setiap kali musim bunga. Perjuangan terakhir mereka dengan cuba meyakinkan orang ramai untuk tidak membuang cawan kopi mereka dan menyarankan untuk dikitar semula, namun masih terdapat orang ramai membuang sisa cawan kopi itu ke dalam sungai.

    Kempen yang diadakan oleh mereka secara perlahan-lahan telah mula meraih momentum malah mereka juga turut dibantu oleh Perdana Menteri, Theresa May, yang mana baru-baru ini telah mengumumkan satu rancangan untuk membasmi pembuangan sampah secara sesuka hati.

     

    Dalam masa setengah jam mereka melancarkan operasi itu, mereka telah menemui pelbagai jenis sampah yang dibuang dan memenuhi baldi mereka yang besar. – AFP

    “Di UK sahaja, jumlah plastik sentiasa mengisi sekurang-kurangnya 1,000 ruangan Royal Albert Halls, bayangkan,” kata Theresa May, merujuk kepada dewan konsert London terkenal dengan lebih 5,000 kerusi.

    Perubahan mula kelihatan

    Perancangan tindakan alam semula jadi termasuk melaksanakan pembayaran terhadap beg-beg plastik yang mana kini dikuatkuasakan di pasar-pasar raya malah semua kedai runcit di England mendesak kebanyakan peniaga untuk memperkenalkan hari ‘Tanpa Plastik’. Pihak kerajaan juga akan meminta keterangan mengenai perubahan sistem cukai atau caj ke atas barangan plastik seperti kontena tapau.

    Walau bagaimanapun, penyokong alam sekitar telah mengkritik cadangan itu kerana tindakan itu terlalu sederhana, terutamanya ikrar untuk menghapuskan semua sisa plastik yang hanya boleh dielakkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2042.

    Kesatuan Benua Eropah mahu mengeluarkan satu plastik yang akan boleh diguna semula atau dikitar semula menjelang tahun 2030.

    Beberapa pihak korporat juga menampakkan tindak balas terhadap iklim yang semakin membimbangkan yang dikelilingi dengan plastik. Pada hari Selasa, rantaian pasar raya Iceland telah mengkhususkan dalam makanan beku, mengumumkan akan mengeluarkan semua pembungkusan plastik dari barisan produk mereka sendiri dalam tempoh lima tahun.

    Baru-baru ini, Costa Coffee juga sedang bersaing untuk cadangan hijau, menawarkan diskaun kepada pelanggan yang membawa cawan mereka sendiri serta menyarankan mereka untuk menggunakan cawan-cawan mereka.

    “Pada tahun ini, perubahan mula kelihatan dan kami berharap dalam revolusi antiplastik akan terus berkembang malah kami mengesa orang ramai untuk memikirkan kehidupan mereka sendiri dan plastik yang telah mereka gunakan serta memikirkan apa yang tidak semestinya tidak perlu digunakan.

    Hanya dengan membawa cangkir kopi yang boleh digunakan semula membuatkan anda contoh individu terbaik,” tambah Hyman mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda