Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Brunei A jadi naib johan pertandingan gasing Malaysia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Pasukan Brunei A berjaya meraih gelaran Naib Juara dalam Kejohanan Jemputan Festival Gasing ASEAN / My Gasing Championship 2025 sempena Festival Permainan Malaysia yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Malaysia dari 26 hingga 28 September lalu.

    Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Gasing Putrajaya (PERGAP) dan Persekutuan Gasing Malaysia (PEGAMA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

    Pasukan Brunei A membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 selepas menewaskan beberapa pasukan hebat dari dalam dan luar negara. Dalam perlawanan akhir, pasukan Brunei A berdepan pasukan Terengganu yang berkesudahan seri 0–0.

    Bagi menentukan pemenang, perlawanan Legai Uri diadakan dan menyaksikan pasukan Brunei A tewas tipis kepada Terengganu. Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Melaka, manakala tempat keempat diraih oleh pasukan Selangor.

    Dalam acara Legai Uri Terbuka, pemain daripada pasukan Brunei B, Awang Bazli bin Abdullah turut mencipta kejayaan apabila muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.

    Brunei Darussalam diwakili oleh dua pasukan iaitu Brunei A dan Brunei B, yang dibentuk oleh Persekutuan Gasing Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERGAB). Barisan pemain terdiri daripada Jasin bin Haji Ompak selaku Ketua Pasukan, Lit bin Haji Lisa, Md Ali bin Haji Latip, Saidi bin Haji Ismail, Mohd Sufian bin Haji Lamudin, Bazli bin Abdullah, Muhd Khairuddin bin Jasni, Muhd Khairul Nizam Jasni, dan Tony bin Haji Karim selaku Pengurus Pasukan.

    Kejohanan berprestij itu disertai oleh 16 pasukan termasuk dari negeri Melaka, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Kedah, serta wakil antarabangsa dari Indonesia dan Singapura, selain pasukan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan PEGAMA.

    Gambar-gambar serahan Pasukan Brunei A

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda