Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Pasukan Brunei menang tempat kedua AVTH 2021

-

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SEI BEGAWAN, 23 DIS – Pasukan yang mewakili Brunei pada ASEAN Virtual Treasure Hunt (AVTH) 2021 baru-baru ini, yang menduduki tempat kedua bagi pemenang keseluruhan, menerima hadiah mereka pada majlis ringkas di pejabat Tourism Malaysia Brunei di The Mall Gadong, semalam.

Pada majlis itu, hadiah kemenangan berupa cek bernilai AS$500 telah disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia di Brunei, Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib kepada ketua-ketua pasukan, Awang Mohammad Azli Azney bin Haji Abdul Aziz dan Awang Abdul Muiz bin Matdani

Haji Ibrahim Seddiqi dalam ucapan ringkasnya, merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan para peserta yang terdiri daripada wakil media dan pempengaruh media sosial (media influencer) kepada aktiviti Tourism Malaysia.

Turut hadir hadir menyaksikan penyampaian hadiah berkenaan ialah Timbalan Pengarah Tourism Malaysia di Brunei, Latifah binti Dato’ Haji Ismail dan Pegawai Tourism Malaysia, Effarina Abang Haji Osman dan Pengiran Haji Noorezamy bin Pengiran Haji Othman.

AVTH 2021 dihoskan oleh Tourism Malaysia manakala penganjuran acara dikendalikan oleh Gary Event Management. Pada mulanya, sembilan pasukan menyertai acara itu namun dua pasukan terpaksa menarik diri disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuk satu pasukan dari Brunei.

Pasukan Malaysia menduduki tempat teratas manakala itu, Kemboja dan Myanmar masing-masing ketiga dan keempat.

Acara yang berlangsung menerusi platform Zoom itu membawa peserta dalam pencarian harta karun maya selama empat jam dengan setiap pasukan memulakan pemburuan petunjuk samar yang berkaitan dengan tempat di setiap negara ASEAN di mana peserta akan menavigasi secara maya menggunakan peta Google.

Gambar ramai pada majlis penyampaian hadiah ringkas yang diadakan di pejabat Tourism Malaysia Brunei di The Mall Gadong.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -