Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan BSJV, Daerah Belait beraksi cemerlang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Dua lagi perlawanan bola keranjang meneruskan saingan bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4 di Dewan Bola Keranjang, Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat, semalam.

    Pada saingan pertama, Pasukan Daerah Tutong berjaya menewaskan Pasukan Institusi Pengajian Tinggi dengan mengutip jaringan mata 109-67.

    Pasukan Daerah Tutong mengusai perlawanan pada suku pertama apabila mendahului pasukan lawan dengan kutipan mata 28-22 sebelum menang pada suku kedua dengan mengutip jaringan mata 24-12.

    Pada separuh masa pertama, Pasukan Daerah Tutong meneruskan penguasaan mereka dengan memenangi saingan suku ketiga dengan mengutip 28-26 dan perlawanan dihentikan selepas suku ketiga.

    Gambar serahan BBA menunjukkan Pasukan Daerah Belait dan Pasukan BSJV bergambar ramai sebelum saingan bermula di Dewan Bola Keranjang, Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) di Batu Bersurat, kelmarin.

    Pada saingan kedua pula, menyaksikan Pasukan Gabungan Syarikat-syarikat Brunei Shell (BSJV) terpaksa berhempas pulas apabila menerima tentangan hebat daripada Pasukan Daerah Belait.

    Pada suku pertama Pasukan BSJV ketinggalan 13-25 namun bangkit pada suku kedua apabila merapatkan jurang dengan mata 26-20 dan mula mendapat rentak pada saingan suku ketiga, apabila mereka tampak lebih selesa dan akhirnya meninggalkan Pasukan Daerah Belait dengan mata 26-14, meskipun tewas pada suku akhir dengan kutipan mata 20-22.

    Pasukan BSJV muncul sebagai juara apabila pada keseluruhannya berjaya mengutip 85 mata berbanding 81 di pihak Pasukan Daerah Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda