DENGAN corak penampilan mereka yang baik dan setiap gerakan yang tajam serta lincah, para jurulatih wanita Korea Utara bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang terbaik dalam jaguh sukan Athletics Asia di Korea Selatan. Pasukan ini diberikan nama sebagai ‘Tentera Pasukan Cantik’ merangkumi wanita-wanita Korea dan berumur sekitar awal 20-an dan baru-baru ini telah berjaya menarik publisiti besar apabila mereka akan dihantar ke Korea Selatan. Bakal isteri pemimpin Korea Utara, Kim Jon-Un Ri Sol-Ju adalah antara penduduk Korea Utara yang akan menghadiri Kejohanan Athletics Asia 2005 yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan.
Pasukan sorak dari Korea Utara itu telah tampil buat kali keempat di Korea Selatan selepas pihak kerajaan Pyongyang bersetuju baru-baru ini untuk menghantar delegasi mereka ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang bulan depan, iaitu hanya 80 kilometer di selatan Zon Demilari yang telah membelah semenanjung kedua-dua buah negara.
Korea Utara dan Korea Selatan telah terpisah sepenuhnya sejak berakhirnya Perang Korea pada tahun 1953, tanpa ada ikatan langsung diplomatik atau pos-pos kiriman surat di antara mereka.
Mana-mana pasukan delegasi dari Korea Utara ke Korea Selatan, mereka akan dipilih secara teliti oleh pihak kerajaan Pyongyang dan gerakan mereka akan sentiasa dikawal ketat semasa berada di Korea Selatan. Menurut laporan, kumpulan Olimpik Musim Sejuk itu akan bergerak ke Korea Selatan menerusi kapal persiar yang menjalankan perkhidmatan mereka di Sokcho dan menjadikannya lebih mudah untuk memantau pergerakan mereka.
An Chan II, seorang penyelidik yang mengendalikan Institut Dunia untuk Pengajian Korea Utara berkata bahawa atlet sukan sorak itu dipilih oleh rejim Chery berdasarkan kepada kritikan yang sukar.
“Mereka mesti lebih daripada 163 sentimeter iaitu 5 kaki 3 inci tinggi dan berasal dari keluarga yang baik-baik. Mereka akan memainkan pelbagai jenis instrument dan kebanyakan atlet ini merupakan pelajar-pelajar dari Universiti Elit Kim II Sung,” tambah An Chan kepada wartawan media.
Telefon Samsung
Proses pemisahan antara kedua buah negara itu telah membuatkan para penduduk di Korea Utara menjadi objek yang menarik untuk penduduk Korea Selatan.
Pasukan sorak dari Korea Utara itu telah membuat penampilan pertama mereka semasa temasya Sukan Asia 2002 di Busan dan kedatangan pertama atlet itu itu telah memenuhi setiap muka surat hadapan surat khabar Korea Selatan apabila hampir 300 daripada atlet itu tiba di sebuah terminal feri dengan berpakaian jubah berwarna-warni – pakaian tradisional Korea Utara sambil mengibarkan bendera penyatuan dan ada juga yang memakai siluet biru pucat.
Beratus-ratus penduduk Busan memenuhi setiap jalan dan lereng kawasan pelabuhan untuk menyambut kedatangan mereka malah ada juga beberapa rumah kediaman mengibarkan bendera penyatuan. Dengan sistem koreografi yang padat, pasukan sorak diberikan sorakan gemuruh sewaktu mereka menyanyi dan menari semasa pertandingan tersebut.
Pada tahun 2005, bekas atlet pasukan sorak Korea Utara, Cho Myung Ae, telah menerima banyak pengikut yang tinggi di Korea Selatan dan sangat diminati malah atlet ini sering muncul di kaca TV untuk beberapa iklan telefon bimbit Samsung bersama dengan artis Korea Seltan, Lee Hyo-Ri.
Para penyokong sentiasa memberikan sokongan dan semangat serta kehadiran mereka adalah satu berita baik untuk pihak penganjur Sukan Pyeongchang. “Ia akan membantu dalam penjualan tiket nanti malah ia akan memenuhi kehendak dan matlamat kami untuk temasya Sukan Olimpik Kedamaian,” kata jurucakap Jawatankuasa Organisasi Pyeongchang, Sung Baik-You. Ketika pasukan atlet Korea Utara bermain di Korea Selatan tanpa ada sebarang penyokong, namun penduduk Korea Selatan akan menyokong mereka, seperti dalam perlawanan hoki ais tahun lalu di Gangneung. “Skuad Korea Selatan bersorak bersama-sama memberikan semangat kepada skuad Korea Utara dan ia menimbulkan satu fenomena baik,” kata Lee Sun-Kyung, pengurus pasukan Korea Selatan.
Satu usaha yang baik
Walaupun kedatangan atlet Korea Utara ini menimbulkan satu keriangan namun ia berpotensi untuk memeningkan pihak diplomatik. Terdapat kebimbangan bahawa Korea Selatan mungkin tidak akan menyambut seperti sebelum ini, memandangkan mereka menentang program nuklear Korea Utara serta tingkah laku negara itu yang menjurus kepada peperangan kembali.
Bendera Korea Utara dan memainkan lagu kebangsaan negara itu di Korea Selatan adalah diharamkan sama sekali di mana mereka dianggap sebagai simbol hasutan di bawah undang-undang keselamatan kebangsaan Seoul, disebabkan itu, mereka menggunakan bendera penyatuan terhadap Korea Utara sebelum ini.
Semasa bendera Korea Utara diletakkan di atas landasan kereta api di sebuah gim bola sepak Utara/Selatan Korea semasa Sukan Asia 2014 di Incheon, ia kemudiannya dikeluarkan oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Peraturan ini tidak akan dikuatkuasakan semasa berlangsungnya temasya sukan olimpik musim sejuk ini nanti di mana protokol IOC menetapkan ia akan boleh menimbulkan satu isu di tempat yang lain.
Sebelum ini, pasukan atlet dari Korea Utara berarak dengan menggunakan bendera penyatuan ketika mereka memasuki stadium untuk upacara pembukaan Sukan Olimpik 2000 dan 2004 di Sydney dan Athens serta Sukan Musim Sejuk 2006 di Torino namun adakah bendera itu akan digunakan lagi semasa majlis perasmian sukan olimpik musim sejuk pada 9 Februari ini, itu masih menjadi satu tanda tanya. – AFP