Sunday, February 23, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan China dikeluarkan kerana ‘menggila’

    SHANGHAI, 7 Nov – Seorang penunggang China bersama dengan pasukan setempat Keyi Look berdepan dangan hukuman berat selepas menyerang ahli-ahli pasukan kebangsaan Switzerland di Jelajah Hainan.

    Para penganjur perlumbaan di pulau selatan China itu berkata bahawa Wang Xin dan pasukannya tidak akan dibenarkan kembali susulan insiden ganas yang menyaksikan polis masuk campur dan Keyi Look dikeluarkan daripada acara itu.

    Rakaman video yang dimuatnaik di dalam talian menunjukkan seorang penunggang, didakwa Wang, membelasah salah seorang ahli pasukan Switzerland dan menendangnya di kepala, sebelum menyerang seorang lagi.

    Penunggang itu kemudian mengambil pam tayar dari kereta sokongan, dengan tujuan untuk menjadikannya senjata.

    Polis dan orang sekeliling segera masuk campur, ketika berdozen-dozen orang terkejut melihatnya.

    Persatuan Basikal China (CCA) mempertimbangkan hukuman berat susulan insiden di akhir peringkat tujuh, kayuhan sejauh 166.5 kilometer antara bandar-bandar Sanya dan Wuzhishan.

    Ia tercetus apabila kereta pasukan Switzerland ‘mendapat sentuhan fizikal’ dengan wang, menyebabkannya jatuh, menurut CCA.

    CCA berkata ia ‘sangat keras dalam mana-mana tingkah laku tidak bertemadun dan ganas’.

    “CCA akan membuat selanjutnya selepas lebih banyak penyiasatan ke atas insiden itu,” menurut kenyataan.

    Pengurus pasukan Switzerland, Danilo Hondo dan salah seorang sasaran Wang, menafikan kereta mereka melanggar penunggang China itu.

    Keyi Look dan Wang membuat kenyataan maaf menerusi Weibo, tetapi masih menyalahkan pasukan Switzerland itu kerana melanggarnya dengan kereta mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda