Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Cuckoo rangkul kejuaraan bola keranjang veteran

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Pasukan Cuckoo muncul sebagai juara kejohanan bola keranjang veteran Piala You-C1000 selepas menewaskan Pasukan CJMM dalam perlawanan akhir yang mendebarkan dengan keputusan 72-70 pada Rabu lalu di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat.

    Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Pasukan GHK setelah berjaya menewaskan Pasukan Fateh 81-79. Turut hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Hui Huang Enterprise, Hii Hua King.

    Hii Hua King bergambar bersama pemenang kejohanan bola keranjang veteran Piala You-C1000 yang berlangsung di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda