Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan DNF muncul juara pertandingan CrossFit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Pasukan DNF dari Hybrid Movement Gym, Negara Brunei Darussalam berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Borneo Fittest 2025 yang berlangsung di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

    Borneo Fittest merupakan sebuah pertandingan Crossfit utama yang memasuki edisi kelima dengan penyertaan atlet-atlet unggul daripada seluruh Asia Tenggara.

    Setelah melalui pertandingan yang mencabar selama dua hari, Pasukan DNF mempamerkan persembahan yang cemerlang apabila mereka berjaya untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan berkenaan.

    Sementara Pasukan One Last Standing dari Kuala Lumpur berjaya mendapat tempat kedua dan Pasukan Polad Tea Tarik dari Sabah memenangi tempat ketiga.

    Pasukan DNF diwakili oleh Darren Chai, Nina Juna dan Wai Zhi Foong yang mana kesemua mereka adalah jurulatih kecergasan di Hybrid Movement. Kemenangan tersebut mencerminkan bukan sahaja dedikasi mereka tetapi juga kepada budaya latihan konsisten dan displin yang diterapkan dalam komuniti gim mereka.

    Darren Chai menyatakan kemenangan tersebut merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi mereka yang membuktikan bahawa latihan, disiplin dan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada komuniti adalah amat berbaloi.

    Pencapaian tersebut juga menandakan satu detik yang membanggakan bagi bidang kecergasan negara apabila ia mengetengahkan daya saing dan daya tahan atlet-atlet Brunei di pentas serantau.

    Antara aksi Pasukan DNF dalam pertandingan berkenaan. 
    Pasukan DNF selaku johan dalam Borneo Fittest 2025 di Kuching. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN HYBRID MOVEMENT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda