Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan e-sukan negara raih emas

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pasukan e-sukan Negara Brunei Darussalam telah berjaya meraih pingat emas melalui acara PUBG Mobile setelah menumpaskan 13 buah negeri Malaysia dalam 20 pusingan selama empat hari pertandingan di temasya Sukan Malaysia kali ke-21 (SUKMA XXI), 2024 di Kuching, Sarawak.

    Pasukan e-sukan negara terdiri daripada lima atlet iaitu Muhd Safwan Hakimi bin Abdullah Husaini, Muhd Danial Hadhrami Safiuddin bin Muhaimin, Mohd Danish Haqeeme Hizami bin Muhaimin, Mohammad Hadif Fadhli bin Sufari dan Mohd Awie Azhar Hamzah yang dibimbing oleh jurulatih, Haji Amirul Rashid bin Haji Othman.

    Setakat ini, kontinjen negara telah berjaya mengumpul jumlah kutipan mata secara keseluruhan sebanyak 168 mata, diikuti de-ngan Johor di tempat kedua dengan 135 mata, dan Selangor di tempat ketiga dengan 132 mata.

    Pingat emas ini merupakan pingat emas kedua bagi kontinjen negara. Setakat ini, kontinjen negara telah berjaya meraih jumlah kutipan pingat sebanyak dua pingat emas melalui sukan wusyu dan e-sukan, dua pingat perak melalui sukan karate dan tiga pingat gangsa masing-masing melalui sukan wusyu, karate dan taekwondo.

    Kontinjen negara buat pertama kalinya berjaya meraih dua pingat emas di sepanjang penyertaan di temasya SUKMA dan ia merupakan pencapaian yang terbaik setakat ini sejak penyertaan negara pada tahun 1996. Dalam edisi SUKMA, Kuching, Sarawak ini, kontinjen negara telah menyertai 11 acara sukan dengan keramaian 61 orang atlet.

    Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly selaku chef de mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan pasukan e-sukan negara bergambar ramai di SUKMA XXI di Kuching, Sarawak. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda