RIYADH, 30 Jan – Pasukan gabungan Arab yang diketuai oleh Saudi hari ini menyeru untuk gencatan senjata serta merta di bandar Aden tempat pertempuran besar berlaku antara tentera kerajaan dan pejuang pemisah selatan.
“Pasukan gabungan memperbaharui gesaannya kepada semua parti untuk gencatan senjata dan menamatkan semua bentuk konflik bersenjata,” menurut pasukan itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi SPA Saudi.
“Pasukan gabungan menegaskan bahawa ia akan mengambi semua langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengembalikan semula keselamatan dan kestabilan di Aden,” menurut kenyataan.
Sementara itu, pasukan gabungan berkata ia meluahkan rasa sesal bahawa kedua-dua pasukan yang terlibat dengan peperangan tidak memberi respon pada gesaan awalnya untuk bertenang sejak awal lagi.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berkata semalam bahawa kira-kira 36 orang terkorban dan 185 yang lain cedera dalam pertempuran yang berlangsung selama dua hari di Aden.
Pertempuran bertambah hebat semalam selepas kedua-dua belah pihak mula menggunakan kereta kebal dan senjata artileri ketika bandar perlabuhan masih lumpuh.
Pejuang pemisah semalam mara ke istana presiden dan menawan dua perkhemahan tentera berhampiran lapangan terbang antarabangsa Aden, menurut sumber pasukan keselamatan memberitahu kepada AFP. – AFP