Oleh Muiz Matdani
PASUKAN HHR FT berjaya menewaskan Pasukan BIP FT dengan jaringan besar di Kompleks Sukan Sungai Asam dengan jaringan 7 – 2.
Antara penjaring dalam perlawanan berkenaan ialah Mohd Hanafi Haji Abdullah Sani (2), Mohd Adiwan (1), Pengiran Sufri (1), Haji Erman (1), Idris (1), Haji Norhadzmy (1).
Perlawanan berkenaan adalah sebahagian daripada perlawanan bagi persaingan Kejohanan Piala Presiden Satu dan Dua Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam DST 2017.