Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan hoki ais Indonesia cuba buat kejutan

    TANGERANG SELATAN, Indonesia – Mereka berasal dari negara topika yang lebih dikenali dengan pantainya yang dikelilingi pokok palma dan menyusuri gelombang besar berbanding sukan-sukan musim sejuk.

    Namun, pasukan hoki ais Indonesia berharap untuk menentang segala kemungkinan apabila mereka berjaya melangkah ke kejohanan utama antarabangsa buat kali pertama dalam Kejohanan Musim Sejuk Asia di Sapporo minggu ini.

    Pemain-pemain itu adalah sebahagian daripada kontinjen pertama daripada atlet Indonesia yang menyertai kejohanan itu, dimana negara-negara Asia Tenggara juga menghantar peluncur-peluncur dari pelbagai kategori untuk bertanding di Jepun.

    Bagi pemain separuh masa dalam pasukan hoki ais Indonesia – cerita mereka hampir menyerupai pemain daripada Jamaica dalam sukan ‘bobsledders’ dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988, dimana kisah mereka menjadi hit filem komedi ‘Cool Runnings’ – ia akan menjadi cabaran yang paling sukar buat mereka setakat ini.

    “Ini adalah kali pertama mereka bermain di dalam sebuah pertandingan antarabangsa sebenar,” kata jurulatih Gary Tan, selepas sesi latihan di salah satu daripada tiga arena luncur di negara ini, di pinggir Jakarta.

    Pasukan hoki ais Indonesia mendengar arahan jurulatih mereka Gary Tan di gelanggang luncur di Selatan Tangerang. – AFP
    Pasukan hoki ais Indonesia mendengar arahan jurulatih mereka Gary Tan di gelanggang luncur di Selatan Tangerang. – AFP
    Jurulatih daripada Malaysia Gary Tan cuba membentuk pasukan hoki ais Indonesia bagi persiapan Kejohanan Musim Sejuk Asia di Sapporo. – AFP
    Jurulatih daripada Malaysia Gary Tan cuba membentuk pasukan hoki ais Indonesia bagi persiapan Kejohanan Musim Sejuk Asia di Sapporo. – AFP

    “Ia akan menjadi satu tugas yang sangat sukar – tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil.”

    Tan, seorang rakyat Malaysia yang telah ditugaskan untuk membentuk pasaukan itu sebelum kejohanan bermula, menjerit arahan kepada pemain yang memakai baju jersi berwarna merah dan kuning apabila mereka meluncur dengan kelajuan yang tinggi, berlatih untuk menjatuhkan pihak lawan dan cuba menjaringkan gol ke jaring. Mereka membuat luncuran di atas ais pada sesi akhir latihan itu, apabila Tan cuba memberi petunjuk buat mereka.

    Kekasaran dan terumbang ambing dalam hoki ais adalah satu pertukaran bagi kebanyakkan pemain-pemain yang tidak dibayar semasa berada dalam pasukan kebangsaan dan perlu menyara hidup mereka dengan pekerjaan harian yang terdiri daripada pekerja pejabat dalam menjadi usahawan muda.

    Indonesia menghantar 23 skuad pemain lelaki – 20 pemain dan tiga penjaga gol – bagi temasya sukan itu, ramai daripada mereka telah bermain dalam kejohanan antara kelab-kelab di luar negara.

    Tetapi mereka akan menghadapi pasukan lawan yang lebih berpengalaman daripada mereka dalam kejohanan itu, dimana akan menerima sebanyak 2,300 orang atlet dan penyokong dari lebih daripada 30 buah negara pada 19-26 Februari, termasuk Iran, Malaysia dan Macau.

    “Jelas sekali kami adalah pasukan bukan pilihan,” kata ahli pasukan Felix Utama, berusia 26 tahun, juga seorang pekerja dalam industri IT.

    Mengadakan latihan secara tetap dalam satu pasukan adalah satu cabaran di Jakarta yang sibuk, kawasan metropolis yang mempunyai 28 juta orang.

    Pemain perlu membuat perjalanan sehingga dua jam melalui kesesakan yang sudah menjadi kebiasaan di bandar ini dalam usaha untuk sampai ke gelanggang latihan di Selatan Tengerang, sebuah bandar komuter di luar ibu negara. Kebanyakan hanya melakukan separuh daripada sesi penuh latihan.

    Sukan hoki ais jarang dilakukan bagi sesiapa yang berada dalam kepulauan yang luas ini, yang terletak di kawasan tropika.

    Semasa latihan dijalankan.
    Semasa latihan dijalankan.
    Pasukan hoki ais Indonesia berlatih di gelanggang luncur di salah sebuah pusat membeli-belah di Tangerang Selatan sebagai persiapan Kejohanan Musim Sejuk Asia. – AFP
    Pasukan hoki ais Indonesia berlatih di gelanggang luncur di salah sebuah pusat membeli-belah di Tangerang Selatan sebagai persiapan Kejohanan Musim Sejuk Asia. – AFP

    Tan berkata cabaran utama bagi menggalakkan sukan hoki ais di Indonesia adalah bahawa sukan ini bukannya satu sukan yang telah berakar umbi dalam budaya kebangsaan sepertimana di negara-negara yang mempunyai iklim sejuk.

    “Perkara yang paling besar adalah cara pemikiran, budaya,” katanya.

    “Jika anda dibesarkan dalam budaya hoki, dalam sebuah negara bermusim sejuk, maka ia adalah sama sekali berbeza kerana semua orang akan makan dan tidur dengan hoki.”

    Namun begitu, sukan yang mempunyai kelajuan yang cepat ini telah menambat segelintir peminat sukan disini dimana sukan utamanya dalam peringkat antarabangsa adalah badminton dan angkat berat.

    Tan berharap kejohanan-kejohanan mendatang ini akan membuatkan pemaian lebih bersiap sedia dan meletakkan matlamat dalam keadaan sederhana: Sukan Asia Tenggara di Malaysia pada bulan Ogos. Tetapi kerajaan Indonesia adalah sebuah kerajaan yang lebih bercita-cita tinggi, dan berharap suatu hari nanti pasukan ais hoki mereka akan dapat bermain dalam sukan Olimpik.

    “Jika mereka melakukan persembahan yang baik, berkemungkinan kami akan menyertainya dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada masa akan datang,” kata jurucakap Kementerian Sukan, Gatot Dewa Broto.

    Dan manakala peluang untuk membenam pasukan gergasi adalah jauh, para pemain Indonesia percaya bahawa mereka mempunyai peluang untuk membuat kejutan di Jepun.

    “Kami akan menunjukkan kepada anda dengan apa yang kami ada,” kata penolong jurulatih Andianto Hie, 30, dalam sebuah pesanan kepada orang-orang yang meragui keupayaan pasukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda