SEKUMPULAN wanita dari kawasan Timur laut China, yang telah menghabiskan zaman kanak-kanak mereka dengan berada di kawasan tasik dan sungai yang membeku, bergerak dan cuba untuk menakutkan pasukan yang lain sebaik sahaja mereka menuju palang gol lawan untuk memasukkan cakera getah permainan hoki.
Namun semasa Kejohanan Hoki Ais Kebangsaan China pada bulan lepas, pasukan Harbin telah mengalahkan pesaing mereka dari kawasan bandar Selatan Guangzhou, Sultry China dengan 51-0 dengan jaringan gol daripada pemain hebat pasukan itu, Kong Minghui selepas berjaya melakukan pukulan yang tepat ke dalam palang gol lawan.
Walaupun hebat dan menguasai perlawanan, Kong dan rakan-rakan yang berkemahiran itu belum cukup hebat untuk menentang pasukan hoki kebangsaan China bagi meraih sebarang pingat apabila negara itu akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada tahun 2022 nanti.
Bersemangat untuk bergerak pantas ke atas meja pingat, pasukan hoki kebangsaan itu mungkin akan melonggarkan sebahagian daripada peraturan mereka untuk merekrut bakat-bakat di luar negara dan sekali gus memperkuat skuad mereka.
“Apa yang dapat kita lakukan pada masa hadapan adalah berlawan dengan lebih banyak dalam temasya Kejohanan Antarabangsa dan mendapatkan latihan lebih padu bersama dengan pasukan teratas dunia,” kata Kong kepada media AFP.

Situasi itu merupakan satu langkah yang luar biasa untuk mencari bakat antarabangsa malah merupakan satu petanda sejauh mana China mampu untuk meraih kejayaan apatah lagi negara itu bakal menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk, pertandingan di mana nikmat kejayaan yang sangat pantas.
Dengan bilangan penduduk yang hampir kepada 1.4 bilion, China berusaha keras untuk mempromosikan sukan hoki ais dan beberapa lagi sukan musim sejuk selepas memenangi sembilan pingat, termasuk pingat emas, dalam edisi tahun ini yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan.
Pasukan lelaki dan perempuan hoki ais akan bertanding dalam pertandingan itu, semenjak tuan rumah secara tradisi akan memasuki ruang slot permainan walaupun tidak memperolehi kedudukan dalam carta dunia.
Cakera getah dan pasport
Pihak kerajaan tempatan dan kebangsaan telah melaburkan lebih banyak duit untuk membina beberapa pusat kemudahan, kelengkapan dan latihan untuk para pemain dan jurulatih semenjak beberapa tahun ini, di mana majoriti pusat-pusat membeli-belah akan membina satu ruang gelanggang ais untuk orang ramai bermain dan sebagainya.
Akan tetapi ia tetap dilihat sama ada Beijing akan memberikan kerakyatan kepada pendatang asing untuk memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan mereka, cuba mengikut jejak langkah Seoul untuk temasya Olimpik Pyeongchang.
Daripada 25 pemain dalam pasukan Korea Selatan Hoki Ais semasa sukan itu, tujuh daripadanya adalah pendatang asing, iaitu enam dari Kanada, termasuk Matt Dalton.
Penyunting China Sport Insider, Mark Dreyer, berkata bahawa China hanya akan merekrut pendatang asing yang berakarkan keturunan China. “Belum ada keputusan polisi rasmi yang menyatakan perkara ini namun polisi rekrut telah jelas diperlihatkan di sepanjang latihan dan ujian di kawasan Utara Amerika. Rekrut baharu sekurang-kurangnya mempunyai keturunan China,” Dreyer memberitahu media AFP.

Langkah sebegitu membolehkan China untuk mengembangkan lagi keluasan permainan, sementara menggalakkan hubungan dengan diaspora China, kadangkala Beijing dilihat melakukan apa sahaja dalam pelbagai peringkat.
Akan tetapi, China tidak mengiktiraf dua kerakyatan. Untuk menjadi seorang warganegara China, pendatang asing itu harus menyerahkan kerakyatannya yang asal, menjadikan pilihan yang tidak diingini bagi kebanyakan pemain hoki.
“Adakah pemain akan dapat menyimpan pasport mereka yang lain? Jika ia berlaku apatah lagi dalam sukan hoki ais, di mana ia dilihat seakan-akan benar, kami ingin melihat sukan-sukan yang lain pun begitu,” tambah Dreyer lagi kepada media.
Pasukan Kunlun yang hebat
Pada bulan Mac lalu, semasa pertandingan Kejohanan Hoki Ais Wanita, China telah muncul sebagai sebuah pasukan antarabangsa hoki dengan pasukan baharu yang terdiri daripada campuran keturunan Cina dan warga China di seberang laut.
Kunlun Red Star, satu daripada dua pasukan swasta telah ditubuhkan pada tahun ini bagi mempersiapkan bakat China untuk temasya sukan Olimpik 2022, dipenuhi dengan individu keturunan Cina di luar negara untuk pasukan lelaki dan juga wanita.
Wanita Kunlun telah berjaya mengejutkan orang ramai apabila telah berjaya membuka jalan untuk kejohanan peringkat akhir dalam Piala Clarkson di Toronto, namun tewas kepada pasukan Ontario Markham Thunder selepas gol lebih masa, namun masih dapat membuktikan bahawa pasukan China mampu untuk bertanding dan bersaing dengan pasukan kelas dunia hoki.
Pada bulan Mei, pasukan Kunlun telah melalui beberapa peringkat latihan bersama pihak rasmi Olimpik di samping atlet-atlet antarabangsa di bandar Shenzhen. Penyertaan Kunlun merupakan satu pilihan untuk pasukan kebangsaan China dan memberikan mereka lebih banyak peluang untuk bermain di pertandingan kelas dunia.
“Kini, kami memilih untuk yang terbaik buat China dan pemain antarabangsa untuk mengasah bakat buat dalam kalangan pemain hoki ais China untuk 2022,” kata pengurus besar Kunlun, Zhou Song kepada AFP. “Kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 22 bakat hebat antarabangsa yang berketurunan China. Mereka ini akan berpeluang untuk berlawan membawa nama China di masa yang akan datang,” tambah Zhou lagi. – AFP