Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Pasukan Ignite Paintball dan Pasukan Spectrum, masing-masing muncul juara dalam Kategori A- Divisyen Terbuka dan Kategori B- Divisyen 5 bagi Kejohanan Brunei Paintball Series 2019, Siri Ketiga yang berlangsung di Paintball Arena, Jerudong, hari ini.
Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam kejohanan berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi RBTS, Leftenan Kolonel (B) Haslen bin Hassan.
Dalam kejohanan berkenaan, sebanyak dua kategori telah dipertandingkan di mana bagi Divisyen 5, juara disandang oleh Pasukan Spectrum diikuti oleh Pasukan Spartan di tempat kedua, Pasukan Magnifico Warrior di tempat ketiga dan Pasukan Minions Junior di tempat keempat. Manakala itu, bagi Kategori A- Divisyen Terbuka, juara dimenangi oleh Pasukan Ignite Paintball diikuti oleh Pasukan Leakside Joker, Pasukan Valhalla dan Pasukan Minion, masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.
Sementara itu, juara keseluruhan bagi Pasukan Semusim Brunei Paintball Series 2019 ialah Pasukan Ignite Paintball.
