Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan IPT rangkul emas pertama

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu wanita sukan tenpin boling dalam saingan akhir Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4, yang berlangsung di Pusat Bowling I-Bowl Utama Sdn Bhd hari ini.

    Pasukan itu berjaya meninggalkan Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam yang terpaksa akur menerima pingat perak apabila ketinggalan 63 jatuhan pin di belakang Pasukan IPT yang berjaya membuat 115 jatuhan pin untuk muncul sebagai juara.

    Memenangi pingat gangsa pula ialah Pasukan Daerah Belait yang berjaya membuat 1,004 jatuhan pin pada perlawanan akhir yang melibatkan penyertaan 20 pasukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda