Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan JCWE juara kejohanan bola keranjang BDBA

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 MEI – JCWE berjaya mengalahkan Hisense untuk meraih kemenangan dalam kejohanan bola keranjang tiga lawan tiga anjuran Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) baru-baru ini Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baharu, Seria.

    Sebanyak 12 pasukan telah bertanding dalam dua kategori, termasuk JCWE, Medistick BN, Hisense, Chang, Whisky Gang, Bola Keranjang Mongji, Omnipotents, QUR, Thye An Goldsmith, Au’tree Candle, Rebels, AT Hypernova, dan Bluemamba dalam Kategori Terbuka.

    Selain itu, di antara 12 pasukan tersebut, Hisense, Rebels, Bluemamba, dan Omnipotent turut bersaing sesama sendiri sekali lagi dalam kategori B23.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada empat pemenang teratas kejohanan itu ialah Timbalan Pengerusi BDBA, Johnny Chong dengan JCWE merangkul tempat pertama diikuti Hisense di tempat kedua manakala Thye An Goldsmith di tempat ketiga selepas memenangi perlawanan mereka menentang Au’tree Candle.

    Dalam kategori B23 menyaksikan Hisense memenangi perlawanan mereka menentang Rebels, menjadikan mereka sebagai pemenang tunggal bagi kategori tersebut.

    Persatuan ingin merakamkan penghargaan kepada KK Chan Enterprise dan Raymond Lee atas sokongan mereka terhadap kejohanan itu.

    Mereka juga berharap pertandingan itu dapat membuka peluang kepada para pemain bola keranjang muda untuk menyinar dalam usaha mereka terus mengembangkan kemahiran dan bakat mereka yang suatu hari nanti dapat mewakili daerah dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Johnny Chong bergambar bersama pasukan JCWE selaku juara bagi kejohanan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda