Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan kedua misi bantuan berlepas ke Manila

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Kementerian Pertahanan telah menghantar pasukan kedua bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ke Manila, Republik Filipina hari ini.

    Upacara pemergian bagi pasukan kedua Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

    Hadir pada upacara tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Charge d’affaires dari Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Bernadette A. Mendoza, Atase Pertahanan, Angkatan Tentera Republik Filipina, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli keluarga pasukan yang menyertai misi tersebut.

    Pasukan kedua terdiri daripada 20 orang anggota yang diketuai Mejar (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya telah berlepas dengan menaiki dua buah helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei.

    Penugasan utama bagi pasukan kedua ini adalah sebagai kesinambungan kepada Operasi Badai Taduh bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengangkutan Bantuan Logistik Udara, khususnya dengan memperluaskan penghantaran bantuan yang disediakan oleh kerajaan Filipina ke kawasan-kawasan terpencil yang sukar di akses sekitar Wilayah Bicol nanti.

    Doa dibacakan sebelum pasukan kedua misi bantuan bertolak ke Filipina. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Pasukan kedua misi bantuan ABDB ketika menaiki helikopter. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda