Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan keselamatan Mexico bunuh 11 lelaki bersenjata

    MEXICO CITY, 26 SEPT – Pasukan keselamatan Mexico kelmarin membunuh 11 lelaki bersenjata selepas kejadian kejar-mengejar dan tembak-menembak di timur laut negara itu, kata pihak berkuasa, insiden terbaru dalam siri pertempuran berkaitan kartel. 

    Seorang suspek bersenjata telah ditahan dan senjata serta kenderaan dirampas, menurut kenyataan kerajaan negeri Nuevo Leon. 

    Pihak berkuasa melancarkan operasi memburu melalui udara dan darat selepas sebuah pos kawalan diserang, tanpa melaporkan sebarang kecederaan dalam kalangan pasukan keselamatan. 

    Kemudian, pasukan keselamatan mengejar kumpulan lelaki bersenjata yang menaiki konvoi sekitar lapan trak pikap, yang membawa kepada pertempuran senjata di kawasan perbandaran Los Ramones, menurut kenyataan itu.

    “Keputusannya adalah 11 penjenayah terbunuh,” kata kenyataan itu. 

    Suspek yang ditahan dilihat di lebuh raya memakai pakaian penyamaran dan membawa senjata serta peralatan taktikal, tambahnya. 

    Pertempuran antara pasukan keselamatan dan anggota yang disyaki kartel adalah perkara biasa di Mexico. 

    Keganasan jenayah yang semakin meningkat, sebahagian besarnya berkaitan dengan pengedaran dadah dan kumpulan jenayah, telah menyebabkan lebih 450,000 orang dibunuh di negara Amerika Latin itu sejak tahun 2006. – AFP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda