Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Kluster 5 juara bola jaring Hari Guru

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Pasukan Kluster 5 mempamerkan persembahan mantap menewaskan pasukan Kluster 2A dalam perlawanan pada final Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Hari Guru ke-29, hari ini.

    Sementara itu, dalam perlawanan menentukan pemenang tempat ketiga kejohanan di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu, Pasukan Green Jewel berjaya menewaskan Pasukan Kluster 4, 29-27.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee; para pengarah, penolong pengarah, pengetua, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Pada majlis berkenaan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah menyampaikan piala pusingan, piala iringan, wang tunai $300 dan sijil penyertaan kepada Pasukan Kluster 5 selaku juara.

    Pasukan naib johan, Kluster 2A membawa pulang hadiah piala iringan, wang tunai $250 dan sijil penyertaan manakala Pasukan Green Jewel berada di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah Piala Iringan, wang tunai $200 dan sijil penyertaan.

    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah turut menyampaikan hadiah kepada Pemain Centre Court Terbaik, Dayangku Sri Ridwanah binti Pengiran Matarsat dari Kluster 2A; Penjaring Terbaik, Hajah Kamsiah dari Kluster 5 dan Pemain Pertahanan Terbaik, Dayang Kumalasari binti Haji Abdul Latiff dari Kluster 2A.

    Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah menyampaikan hadiah kepada Pasukan Kluster 5 selepas muncul sebagai juara kejohanan bola jaring, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda