Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Kluster Dua johan futsal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Pasukan Kluster Dua muncul sebagai johan dalam Peringkat Akhir Kejohanan Futsal sempena Sambutan Hari Guru ke-35 yang berlangsung di Dewan Serbaguna (MPH). Kompleks Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Dalam kejohanan berkenaan, Pasukan Kluster Dua muncul sebagai johan dengan Pasukan Guru Ugama Rendah Kerajaan di tempat kedua dan Pasukan Kluster Tiga di tempat ketiga.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemain terbaik iaitu Mohd Fauzi bin Nayan dari Kluster 2 dan penjaring terbanyak iaitu Abang Qusrin bin Abang Kamaluddin dari Guru Ugama Rendah Kerajaan.

    Kejohanan Futsal berkenaan merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru ke-35.

    Sebanyak 24 buah pasukan telah menyertai kejohanan itu, di mana empat buah pasukan telah bertanding di peringkat akhir.

    Penyertaan bagi kejohanan berkenaan telah dibukakan kepada pegawai, kakitangan dan tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama termasuk Jabatan Pengajian Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Kejohanan itu bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan penglibatan aktif warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Selain itu, kejohanan juga diharap dapat memupuk semangat keharmonian dan silaturrahim antara kakitangan kedua kementerian.

    Kejohanan Futsal itu dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Jawatankuasa Acara-acara Sukan Bagi Sambutan Hari Guru ke-35.

    Pasukan Kluster Dua yang muncul sebagai Johan Kejohanan Futsal sempena Sambutan Hari Guru ke-35. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
    Awang Aliuddin menyempurnakan penyampaian hadiah kepada johan kejohanan, Pasukan Kluster Dua.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda