Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan MFA buka peluang ke suku akhir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS –  Pasukan Bola Sepak Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MFA) membuka tirai persaingan Liga Bola Sepak merebut Piala Keputeraan 2025 dengan kejayaan mengutip mata penuh selepas menundukkan pasukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kedudukan 4-1 di  Padang dan Belapan Berakas, kelmarin.

    Kekalahan kali ke dua pasukan MOFE itu sekaligus menutup ruang mereka  untuk mara ke suku akhir selepas dua perlawanan tanpa kemenangan pada persaingan dalam kumpulan C.

    Sekalipun berkongsi tiga mata dengan pasukan Bola Sepak Kementerian Pembangunan (MOD) namun MFA berada di puncak liga sekalipun hanya dipisahkan dengan 1 perbezaan jaringan.

    MFA memulakan aksi berhati-hati di sebalik saingan MOFE kerja keras untuk mencari kemenangan sulung, namun tandukan At-Tawwab Ali Rahman hasil dari sepakan sudut berjaya membocori gawang pasukan MOFE di minit ke 28 untuk kedudukan 1-0.

    Bersambung dibabak kedua, MFA lebih banyak menguasai bahagian tengah untuk menyediakan umpanan yang sering mencemaskan pertahanan  MOFE.

    Ancaman MFA lebih menyerlah apabila larian solo dari tepi Mohammad Aimmil Rahman Nawawi berjaya menewaskan penjaga gol MOFE sekaligus membantu menambah jaringan pasukan MFA di minit ke 53.

    Pasukan MOFE akhir berjaya merapatkan kedudukan di minit ke 58 menerusi Arifubillah Masli yang bijak merampas bola dalam kotak penalti hasil dari sepakan sudut.

    Namun, MOFE kembali lesu apabila menyaksikan sentuhan  menarik Mohammad Aimmil Rahman Nawawi di minit ke 83 berjaya menjarakkan kedudukan dan Mohammad Khairil Shahmie Suhaime melengkapkan kejayaan bergaya  pasukan MFA di minit ke 87 sekaligus membuka peluang ke suku akhir.

    Pasukan MFA akan menentukan kedudukan sebenar dalam kumpulan C apabila bakal  menguji kehebatan pasukan MOD yang juga berjaya mengutip tiga mata, minggu depan.

    Persembahan mantap pemain kedua-dua pasukan yang tidak mengalah untuk mengukuhkan kedudukan pasukan di puncak liga. – GAMBAR SERAHAN AJK HARI KEPUTERAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda