PHNOM PENH, 15 MEI – Pasukan muda Indonesia boleh mengembalikan kebanggaan bola sepak Indonesia apabila mereka bertanding pada perlawanan akhir serantau utama esok, berikutan bencana stadium maut dan hukuman yang membuatkan negara tersebut kehilangan hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20.
Mereka menempah tempat dalam perlawanan pingat emas menentang Thailand di Sukan Asia Tenggara dengan kemenangan 3-2 ke atas penyandang Vietnam.
Jika mereka memenangi pingat emas, ia merupakan kemenangan pertama dalam bola sepak Sukan SEA lelaki, yang dipertandingkan antara pasukan bawah 23 tahun.
Taufany Muslihuddin merupakan wira separuh akhir Indonesia, meledak gol kemenangan pada minit ke-96 di Phnom Penh pada hari Sabtu.
Taufany rebah meniarap di atas rumput dan menangis gembira dengan perasaan terharu, sebelum rakan sepasukannya ikut meraikan jaringannya.
Apabila wisel penamat dibunyikan, pemain dan pegawai Indonesia meraikan kemenangan itu di atas padang.
Selepas kemenangan itu, ketua jurulatih, Indra Syafri berkata bahawa perlawanan akhir adalah saat yang mereka tunggu-tunggu untuk membangunkan semula bola sepak Indonesia. – AFP


