Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Mumtaz juara Bola Sepak Veteran 9’S

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Pasukan Mumtaz menjuarai kejohanan Bola Sepak Veteran 9’S setelah mengalahkan pasukan Stoneville Hawk dengan jaringan 2-0 di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin.

    Di kejohanan itu, sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan juga menyaksikan pasukan PSJK dan ITF masing-masing menduduki di tangga Ketiga Bersama.

    Hadir selaku tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

    Pemangku Pengarah Belia dan Sukan di Jabatan Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah menyampaikan piala kejohanan Bola Sepak Veteran 9’S kepada pasukan Mumtaz.

    Kejohanan diadakan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

    Kejohanan Bola sepak Veteran 9 dianjurkan bersama Kelab Bola Sepak IKLS-MB5 dan AL-IDRUS bagi memberikan peluang peminat bola sepak bersaing dalam kejohanan yang kompetitif di samping memeriahkan sambutan Hari Keputeraan KDYMM pada tahun ini.

    Naib juara, Pasukan Stoneville Hawk.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda