Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Mumtaz Vet FT juara kejohanan bola sepak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 10 NOV – Pasukan Mumtaz Vet FT sekali lagi menjuarai Kejohanan Bola sepak 9 orang sepasukan veteran VFA KE-5, 2025 setelah mengalahkan pasukan Azam FT dalam perlawanan yang berlangsung di Pandang Kompleks Sukan Tutong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Ahli Mesyuarat Negara.

    Naib juara kejohanan itu, pasukan Azam FT sementara pasukan Stoneville Stars dan pasukan PSJD masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

    Kejohanan anjuran Persatuan Bola sepak Veteran (VFA) menampilkan 9 pasukan yang terdiri dari kumpulan A, Mumtaz Vet FT, Stoneville Stars, Arena Football Academy, Nashrey, TJV90, sementara kumpulan B, pasukan SJ All Frenz, PSJD, Azam Ft, dan pasukan WPC STHW.

    Pasukan Mumtaz Vet FT menjulang piala Kejohanan Bola sepak 9 orang sepasukan veteran VFA KE-5, 2025, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN VFA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda