Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Myanmar tarik diri kejohanan Asia

    KUALA LUMPUR, 30 APRIL – Dua pasukan bola sepak Myanmar telah menarik diri dari kejohanan Asia, kata para pegawai hari ini, ketika negara itu menghadapi keganasan berikutan rampasan kuasa tentera sejak bulan Februari lalu.

    Shan United FC telah menarik diri dari Liga Juara-Juara AFC, pertandingan kelab teratas benua berkenaan, sementara Hantharwady United FC telah menarik diri dari Piala AFC, kejohanan kelab benua peringkat kedua. Mengumumkan berita itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengatakan ‘ia mengakui cabaran serta kerumitan sekarang yang disebabkan oleh situasi di Myanmar’.

    Perlawanan peringkat awal antara Shan United dan Melbourne City FC telah berakhir dan pasukan Australia kini mara secara automatik ke pu-singan kelayakan, kata mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda