Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Pasukan robotik Brunei Darussalam telah menampilkan persembahan terbaik pada Pertandingan Robotik FIRST Global 2022, baru-baru ini, dengan mendapat tempat ke-88 berbanding kedudukan 112 pada 2019. Malah, pasukan berkenaan juga memenangi cabaran media sosial ‘Lead the Way’, umum Universiti Teknologi Brunei (UTB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di

