Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa Maghribi

    RABAT, 11 SEPT – Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Afrika Utara itu, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Maghribi, MAP hari ini.

    Britain menghantar 60 pakar mencari dan menyelamat, bersama peralatan dan empat anjing pengesan untuk menyokong operasi yang diketuai oleh Maghribi, kata duta Britain, Simon Martin dalam satu hantaran yang dimuat naik awal Isnin di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Maghribi kelmarin berkata kerajaan bertindak balas terhadap tawaran sokongan yang dibuat oleh Sepanyol, Qatar, Britain dan UAE, yang telah mencadangkan untuk menggerakkan sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat.

    Rabat berkata pihaknya kemudian boleh menerima tawaran sokongan yang dibuat oleh negara lain.

    Hampir 2,500 orang terbunuh sejak gempa 6.8 magnitud, yang menggegarkan beberapa bahagian negara itu pada Jumaat, mencetuskan runtuhan batu, menyekat jalan dan menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke kawasan pergunungan yang teruk terjejas.

    Pasukan penyelamat ‘berlumba’ dengan masa untuk mencari mangsa terperangkap dalam misi yang mencabar.

    Saksi berkata, sehingga Ahad, beberapa kawasan terjejas masih gagal diakses akibat tanah runtuh yang menyukarkan operasi men-yelamat. Beberapa mangsa yang terselamat berkata, bau mayat mula keluar dari bawah runtuhan. – Bernama

    Mangsa terselamat gempa bumi 6.8 magnitud berhimpun di bawah khemah di kampung Tikht berhampiran Adassil di tengah Maghribi. Penyelamat tempatan bakal dibantu oleh pasukan penyelamat asing yang mula dikerahkan ke negara itu untuk meningkatkan usaha mencari mangsa di bawah runtuhan gempa. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda