Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan penyelamat tiba di Bosnia selepas banjir dan tanah runtuh

    SARAJEVO, 7 OKT – Pasukan penyelamat dari negara-negara jiran Bosnia dan negara Kesatuan Eropah (EU) kelmarin bergabung dalam usaha untuk membersihkan runtuhan dan mencari mangsa yang masih hilang akibat banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan bahagian kawasan di negara Balkan.

    Bosnia meminta bantuan EU selepas ribut hujan lebat semalaman pada Jumaat menyebabkan seluruh kawasan di bawah air dan serpihan memusnahkan jalan raya dan jambatan, membunuh kira-kira 18 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

    “Hati dan fikiran kami bersama rakyat Bosnia dan Herzegovina, yang terjejas oleh banjir yang dahsyat,” kata Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen pada X. “Kami telah mengaktifkan Mekanisme Perlindungan Awam EU kami dan sedang menghantar pasukan penyelamat di lapangan. Ini adalah solidariti EU dalam tindakan.”

    Pegawai berkata bahawa kira-kira 10 orang masih belum ditemui, kebanyakannya berada di perkampungan Donja Jablanica, di selatan Bosnia, yang hampir keseluruhannya tertimbus di bawah batu dan runtuhan dari kuari di atas bukit yang berdekatan.

    Penduduk di sana berkata bahawa mereka mendengar bunyi gemuruh yang kuat dan melihat rumah-rumah lenyap di hadapan mata mereka.

    “Kami mendengar air dan batu turun dari bukit. Saya memberitahu anak saya, Mari kita naik ke loteng, kita tidak tahu apa yang akan berlaku,” kata Munevera Dautbegovic. “Pada waktu pagi apabila kami keluar, kami melihat timbunan pasir yang banyak di sekeliling.”

    Gabenor Wilayah Nermin Niksic melawat kampung itu kelmarin, menjanjikan bantuan untuk membina semula.

    “Semua kerosakan material boleh diganti dengan cara tertentu, tetapi nyawa manusia tidak. Kesedihan akan kekal,” katanya. – AP

    Seorang lelaki berjalan di antara kereta dan rumah yang musnah akibat banjir di Buturovic Polje, Bosnia pada 6 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda