Saturday, November 23, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut

    TOKYO, 22 NOV – Pasukan penyelidik Jepun telah mencipta sejenis plastik yang boleh terurai dalam air laut sebagai usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pengumpulan plastik di lautan, menurut jurnal akademik Amerika Syarikat (AS), Science edisi Jumaat.

    Menurut agensi berita Kyodo, bahan yang dinamakan plastik ‘supramolekul’ itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum, menurut pasukan penyelidik bersama yang terdiri daripada anggota institut penyelidikan sains kebangsaan Riken dan Universiti Tokyo.

    Plastik baharu itu dihasilkan daripada monomer yang digunakan dalam bahan tambahan makanan serta bahan organik lain.

    Mencampurkan agen-agen itu ke dalam air menghasilkan pemisahan kepada dua lapisan berasingan, dengan satu daripadanya boleh dehidrasi untuk menghasilkan bahan mesra alam ini, menurut Takuzo Aida, pengarah kumpulan di Centre for Emergent Matter Science.

    Air masin menyebabkan bahan itu cepat terurai menjadi monomer asalnya dan seterusnya hancur akibat bakteria di dalam lautan atau tanah.

    Bahan itu, yang juga boleh dikitar semula dan tidak mudah terbakar, dijangka digunakan dalam komponen untuk jentera berketepatan tinggi dan pelekat seni bina, dengan aplikasi tambahan berpotensi jika ia dibuat kalis air, menurut pasukan penyelidik. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda