Friday, November 8, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Piala Dunia 2026 akan ditetapkan secara berkelompok

    LOS ANGELES, 18 MEI – Pasukan pada Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan ditempatkan secara berkelompok semasa pusingan awal bagi memudahkan perjalanan, kata presiden FIFA, Gianni Infantino kelmarin.

    Bercakap di Los Angeles untuk mendedahkan logo rasmi dan penjenamaan untuk kejohanan itu, Infantino berkata langkah itu didorong oleh skala pusingan akhir 2026.

    Buat pertama kali Piala Dunia akan datang akan merangkumi 48 pasukan, meningkat daripada 32, dan akan dihoskan bersama oleh tiga negara, yang julung kali diadakan.

    “Cabarannya adalah logistik keseluruhan,” kata Infantino. “Ia adalah sebuah benua merangkumi tiga negara yang besar.

    “Jadi bagi kami adalah penting untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pasukan dan penyokong diletakkan dalam keadaan terbaik.

    Gianni Infantino tiba sempena pelancaran kempen rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Los Angeles, California pada 17 Mei. – AFP

    Infantino berkata perjalanan, dan langkah ke arah penempatan pasukan di wilayah, telah dibincangkan pada mesyuarat di Doha minggu lepas mengenai 32 jurulatih yang terlibat dalam Piala Dunia tahun lepas.

    “Ini adalah salah satu kelebihan Piala Dunia di Qatar, di mana seorang pemain, sejam selepas perlawanan, boleh berehat di atas katilnya,” katanya.

    “Pada 2026 akan ada beberapa perjalanan yang terlibat tetapi kami akan menyelaraskannya dan memastikan ia akan menjadi keadaan terbaik untuk pasukan.”

    Infantino dalam pada itu berharap kejohanan itu dapat membina kejayaan pada pusingan akhir 1994 di Amerika Syarikat, yang membantu menubuhkan liga bola sepak utama di Amerika Utara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda