Pasukan pilihan playoff kembali bangkit

MIAMI, 21 OGOS – Pasukan Los Angeles Lakers dan Milwaukee Bucks telah meningkatkan permainan mereka kelmarin untuk bangkit dari kekalahan semasa perlawanan pembukaan dengan kemenangan meyakinkan dalam playoff NBA.

LeBron James dan pasukan Lakers, menjadi pilihan utama di Western Conference, menewaskan Portland Trail Blazers 111-88 untuk menyamakan keputusan siri tujuh perlawanan dari permainan masing-masing.

Bucks yang kembali selepas kekalahan mengejut untuk menewaskan Orlando Magis, 111-96.

Anthony Davis, yang bergelut pada perlawanan tersebut selepas dengan percubaan 8 dari 24 dalam perlawanan di mana Lakers tewas ke atas Portland, mengetuai Los Angeles dengan 31 mata dengan 13 dari 21 percubaan dan membuat 11 rebound dalam 29 minit.

Dia merupakan pemain pertama sejak Kareem Abdul-Jabbar untuk menjaringkan lebih dari 30 mata dalam perlawanan playoff dalam masa kurang dari 30 minit.

Aksi pemain LA Lakers Anthony Davis menghalang percubaan pemain Portland Trail Blazers Damian Lillard untuk menjaringkan gol. Lakers bangkit daripada kekalahan semasa perlawanan pembukaan dengan jaringan 111-88.- AP

“Dia bermain dengan agresif sejak awal permainan,” James berkata mengenai Davis. “Dia tidak pasif sama sekali, sentiasa ingin membuat percubaan. Dia melakukan tugasan yang baik dengan rebound dan beberapa kali membuat jaringan.”

James menjaringkan hanya 10 mata tetapi itu tidak menjadi masalah buat pasukan Lakers yang menamatkan separuh masa pertama dengan menjaringkan secara berterusan 12-2 untuk mendahului 17 mata sebelum separuh masa.

“Kami sedar bahawa kami tidak banyak melakukan kesilapan semasa bertahan,” kata James.

“Apabila anda mempunyai strategi bertahan, anda mesti melaksanakan strategi tersebut untuk 48 minit dan saya rasa kami melakukan tugasan dengan baik malam ini,” tambahnya selepas Lakers menghalang Blazers dengan percubaan keseluruhan hanya sebanyak 40 peratus dan percubaan tiga mata hanya 27.6 peratus.

Lakers mendahului dengan 30 mata – 88-58 – memasuki ke pusingan ke-4 apabila Portland secara tiba-tiba menemui rentak mereka tanpa penampilan pemain bintang, Damian Lillard.

Lillard dikeluarkan dengan kurang dari dua minit baki perlawanan pusingan ketiga selepas mengalami kecederaan. – AFP