SHANGHAI, 29 Jun – Pasukan pingpong lelaki China hari ini menarik diri daripada kejohanan Terbuka Australia pada minggu depan, satu krisis yang dicetuskan oleh penyingkiran ketua jurulatih mereka.
Pengunduran kumpulan daripada acara pada minggu depan di Gold Coast diumumkan oleh badan Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ia keluar beberapa hari selepas tiga pemain teratas dunia, Ma Long, Fan Zhendong dan Xu Xin, gagal hadir untuk perlawanan perseorangan pusingan kedua pada Terbuka China dalam bantahan terhadap keputusan untuk melucutkan tugas Liu Guoliang sebagai ketua jurulatih.
Persatuan Pingpong China (CTTA) melancarkan satu siasatan dalam kejadian memalukan itu.
“Adalah kesal keputusan dibuat untuk mengeluarkan seluruh kumpulan lelaki,” kata ITTF dalam kenyataan. Ia menganggap tindakan tersebut “berita mengecewakan untuk semua peminat pingpong di seluruh dunia.”
Kumpulan wanita China akan bermain, kata ITTF. – AFP
