Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pasukan PIP bakal bermain di Labuan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Program pembangunan bola sepak tempatan, Projek Ikan Pusu (PIP), akan memperoleh pendedahan selepas mengambil bahagian dalam siri perlawanan persahabatan menentang pasukan remaja dari Labuan hujung minggu ini.

    Perlawanan tersebut diadakan selepas perbincangan antara Ketua Delegasi PIP, Haji Omar bin Haji Jamil dan Awang Ramlae bin Awang Abdul Rashid daripada Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) semasa Diploma Kejurulatihan ‘A’ Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun lepas.

    Perlawanan persahabatan itu akan dimulakan dengan pasukan PIP Bawah 13 tahun menentang Sekolah Sukan Negeri (SSN) Mutiara Bawah 13 tahun diikuti Majlis Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tuan rumah pasukan PIP Bawah 15 tahun pada Jumaat ini.

    Jelajah Labuan akan diteruskan keesokan harinya dengan pasukan PIP bawah 13 dan bawah 15 tahun, akan bermain menentang lawan masing-masing di Pusat Latihan Daerah Sekolah Sukan Negeri.

    Haji Omar berkata, “Tujuan utama adalah untuk memastikan pembangunan berterusan, kemajuan dan kecemerlangan bola sepak di kedua-dua Negara Brunei Darussalam dan Labuan.

    Gambar ramai pasukan PIP – Gambar serahan PIP

    “Pemain muda kami memerlukan pendedahan berharga ini, baik di dalam negara mahupun di luar negara.”

    Ia akan menjadi perlawanan luar negara pertama PIP tahun ini dengan melibatkan pasukan bawah 13 dan bawah 15 tahun.

    Pasukan yang terlibat telah giat menjalani latihan sebagai persediaan meng-hadapi perlawanan persahabatan.

    Beliau menyambung, “Mereka ini adalah atlet dari Sekolah Sukan yang serius dan sepatutnya menjadi lawan yang layak untuk PIP.”

    Pengurus pasukan itu juga menambah bahawa perlawanan persahabatan akan berfungsi untuk mengeratkan hubungan dan membina persahabatan sedia ada antara kedua-dua berjiran.

    Ketua Jurulatih, Awang Mohammad Adi Shahirol Izzat bin Awang Haji Omar berkata pasukan terdiri daripada pemain yang mewakili negara semasa Kejohanan Bawah 16 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lalu dan Daerah Brunei-Muara semasa Kejohanan FABD Bawah 12 Tahun ‘Membina Masa Depan’ tahun lepas , serta
    Kejohanan Antara Daerah FABD Bawah 12 Tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...