KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah petang tadi berkenan berangkat ke Equestrian Park Putrajaya bagi upacara penyampaian pingat acara polo Sukan Asia Tenggara ke-29 Kuala Lumpur.
Pasukan Polo Negara Brunei Darussalam meraih pingat gangsa setelah menewaskan pasukan polo Singapura. Penyampaian pingat disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Terdahulu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyaksikan perlawanan akhir polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur antara pasukan polo Malaysia dengan Thailand.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn