Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Pasukan PSJD hari ini membelasah Pasukan Media dengan kemenangan besar 8-0 di Padang Bola Sepak Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas.
Sementara satu lagi perlawanan menyaksikan Pasukan Setia Bakti B mencatatkan kemenangan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya. Setia Bakti B mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan ASMDB dengan jaringan 3-1.
Tommy Kambang membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan sebelum Hairol Azwanshah Abdullah dan Mohd Noh Haji Mohd Taib pula menembusi gawang lawan.
PSJD semakin gagah apabila berjaya menyumbatkan empat lagi jaringan antaranya disumbangkan oleh Genral Apeh, Tommy Kambang dan dua jaringan Ismaily Yancha pada minit ke-81 dan 88 untuk menjadikan keputusan akhir 8-0 di pihak PSJD. Sementara itu di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan Safunny Haji Syawal tampil wira Pasukan Setia Bakti B apabila berjaya membuat hatrik dan sekali gus membantu Pasukan Setia Bakti B menewaskan Pasukan ASMDB yang hanya berjaya meraih gol sagu hati pada minit ke-67 melalui Mohd Heyrin Haji Zambin dan jaringan akhir perlawanan 3 – 1.