DOHA, 3 Feb – Kejayaan pasukan kebangsaan Qatar di Piala Asia telah disambut secara besar-besaran di tanah air, di mana mereka dialu-alukan oleh pemerintah dan ratusan ribu penyokong di negara itu.
Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, yang jelas gembira beramah mesra dengan kanak-kanak sementara menunggu ketibaan pasukan, bertemu dengan para pemain setiba mereka di lapangan terbang untuk memulakan keraian di Doha.
“Saya sangat gembira untuk melihat orang ramai meraikan kejayaan ini bersama kami, kini kami sedar betapa besarnya apa yang telah kami capai,” kata jurulatih Felix Sanchez.
“Apabila memenangi trofi anda akan rasa sangat bangga, untuk melihat kerja keras kadangkala membuahkan hasil.”
Para pemain juga dialu-alukan oleh beberapa orang kerabat diraja Qatar, dan ketua Qatar Airways, Akbar al-Baker, yang menyediakan penerbangan buat pasukan untuk kembali dari Oman. – AFP
