Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan RTB juara Perlawanan Persahabatan Futsal

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Pasukan Radio Televisyen Brunei (RTB) muncul juara setelah berjaya mengutip 10 mata dalam Perlawanan Persahabatan Futsal bersama rakan-rakan media dan strategik yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Perhubungan Media, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Tertutup, Jabatan Kerja Raya itu disertai oleh lima buah pasukan termasuk Pasukan Penerangan A, Pasukan Penerangan B, Pasukan RTB, Pasukan Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN) dan Pasukan Media Kerajaan dan Swasta.

    Naib johan disandang oleh Pasukan Media Kerajaan dan Swasta dengan 8 mata, diikuti oleh Pasukan Penerangan B di tempat ketiga dengan kutipan 6 mata.

    Sementara itu, tempat keempat dimenangi Pasukan JAIN dan tempat kelima Pasukan Penerangan A. Antara objektif Perlawanan Persahabatan Futsal tersebut diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim di antara rakan media dan strategik yang berkepentingan melalui aktiviti riadah.

    Selain itu, ia juga bagi meningkatkan pertukaran dan percambahan fikiran melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian; dan membina jaringan kerjasama dan persefahaman yang lebih kukuh di samping berusaha ke arah warga sihat.

    Siti Bismi Nuruliman bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai Perlawanan Persahabatan Futsal berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda