Pasukan Serie A kembali berlatih

ROM, 4 MEI – Itali telah memberikan Serie A sedikit harapan kelmarin selepas mereka berkata bola sepak boleh menjalankan latihan secara bersendirian ketika sekatan koronavirus semakin dilonggarkan.

Menteri Dalam Negeri memberi kebenaran kepada pemain untuk memasuki kemudahan latihan dan telah memberikan harapan kepada peminat yang sangat meminati bola sepak bahawa musim 2019-2020 mungkin dapat disambung semula.

Perlawanan telah digantung sejak 9 Mac di tengah-tengah krisis kesihatan yang telah meragut 29,000 ribu nyawa di Itali dan 245,000 di seluruh dunia.

Beberapa buah kelab besar yang sedang merebut kejuaraan dari kawasan yang kurang terjejas telah bercakap mengenai menyambung semula latihan dalam beberapa minggu.
Tetapi Perdana Menteri Giuseppe Conte hanya membenarkan pasukan untuk menyambung aktiviti berpasukan pada 18 Mei – satu tarikh yang mungkin mendorong menamatkan musim ini ke musim hadapan.

Beberapa buah wilayah telah mengelak sekatan ketat bahaya pandemik tersebut telah membuat keputusan mereka sendiri dan membenarkan kelab membuka kemudahan mereka untuk pemain berlatih bersendirian.

Pasukan seperti Napoli dan Parma telah mengikut jejak langkah Lazio, yang sedang mengejar pendahulu liga, Juventus dengan perbezaan satu mata sahaja – telah membenarkan pemain mereka untuk kembali berlatih.

Mereka memberitahu tidak akan melanggar peraturan kerana Conte telah membenarkan seluruh warga Itali untuk melakukan senaman di tempat terbuka sejak Isnin. Menteri Dalam Negeri bersetuju bahawa pasukan boleh membuka kemudahan untuk pemain mengadakan latihan.

“Atlet, profesional dan lain-lain, bukan individu sukan adalah dibenarkan – seperti penduduk yang lain – untuk melakukan senaman di tempat awam dan tempat persendirian,” kata menteri dalam negeri.

Tetapi setiap pemain mesti ‘mematuhi peraturan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dua meter dan melarang perkumpulan beramai-ramai. – AFP