Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan SM FC, PSJD menang bergaya

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Pasukan SM FC menang bergaya dengan menewaskan Pasukan Media FC dengan jaringan 5-1 dalam aksi Kejohanan Piala Presiden Satu dan Dua Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam DST 2017 di Kompleks Sukan Menglait.

    Media FC memulakan perlawanan dengan keyakinan tinggi apabila mendahului jaringan pada minit ke-17, namun ia tidak melumpuhkan semangat pihak lawan, sebaliknya Pasukan SM FC pula mula mengatur langkah dan terus membenam pasukan itu dengan jaringan 5 – 1.

    Manakala di Kompleks Sukan Tutong pula menyaksikan Pasukan PSJD menang dengan jaringan yang sama, 5-1 ke atas Pasukan KPPKSK. Dengan jaringan Pasukan PSJD dihasilkan oleh Hakimi Abdullah, Haji Anuar Haji Seidil dan Hairolazmanshah Abdullah, manakala jaringan sagu hati KPPKSK pula dijaringkan oleh Muhd Ali Mustapha.

    Dalam perlawanan di Padang Dewan Kemasyarakatan Kilanas Kampung Bengkurong menyaksikan Noomasaidirwan Mohd Sani muncul wira Pasukan I-Team apabila menjaringkan gol kemenangan ke atas Pasukan Muara Spurs dalam kemenangan 2-1.

    Barisan pemain Pasukan SM FC bergambar ramai sebelum berlangsungnya perlawanan menentang Pasukan Media FC.
    Barisan pemain Pasukan SM FC bergambar ramai sebelum berlangsungnya perlawanan menentang Pasukan Media FC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda