Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Pasukan sofbal kebangsaan lelaki kelmarin mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 6th Women’s and 8th Men’s East Asia Softball Masters 2022 di Singapura selepas terikat 2-2 menentang pasukan Malaysia dan kemudian menang ke atas Singapura 6-2.
Dengan rekod yang sempurna, pasukan sofbal lelaki berada di kedudukan teratas carta dengan 11 mata dari tiga kemenangan dan satu seri, diikuti rapat oleh pasukan Indonesia dengan sembilan mata dari tiga kemenangan, serta pasukan Malaysia dan Singapura masing-masing dengan enam mata.
Sementara itu, pasukan sofbal kebangsaan wanita mengalami kekalahan berganda 4-5 menentang pasukan Thailand dan 3-4 menentang pasukan Singapura.
Dalam carta kumpulan, pasukan wanita mengutip enam mata dari satu kemenangan dan tiga kekalahan, sementara pasukan Singapura menduduki tempat teratas carta dengan 12 mata dari empat kemenangan.
