Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan sofbal lelaki terima jersi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Pasukan sofbal lelaki Brunei kelmarin menerima tajaan jersi daripada Heal Brunei untuk kejohanan 6th Women’s and 8th Mens’ East Asia Softball Masters 2022 yang akan berlangsung di Singapura pada 3 November hingga 6 November 2022.

    Heal Brunei yang diwakili oleh pemilik syarikat selaku Pengarah Urusan, Dayang Sitty Shammarny binti Haji Mohd Sambas, telah menyampaikan jersi, topi serta botol minuman bagi pasukan lelaki Brunei kepada Pengurus Pasukan, Haji Wan Mohd Tambrin Sah Haji Suhaili.

    Pasukan Brunei juga akan menghantar pasukan wanita bagi kejohanan ini.

    Negara-negara yang mengambil bahagian di kejohanan tersebut terdiri daripada Jepun, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Brunei Darussalam.

    Dayang Sitty Shammarny menyampaikan jersi kepada Haji Wan Mohd Tambrin pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda